Followers

Monday, May 30, 2011

Entry Terakhir???

Salam semua,

Wah, memang dah dekat berbulan jugaklah tak menghapdet blog yang satu ni dik kesibukan kat rumah yang lain2 tu..hee....Neway, walaupun tak berhapdet tapi setiap minggu nampaknya follower blog ni tetap bertambah. Alhamdulillah, walaupun rumah tinggal tapi ada jugak yang sudi singgah. Terima kasih kepada follower yang menyudikan diri menjadi pengikut kepada blog yang sungguh lah tak hap to det ini..he...sila beri tepukan untuk diri sendiri....yay..

Order kali ni datang dari cikgu Taska anak-anak ku. Dah seminggu lebih dia order, baru minggu ni dapat siapkan. Bukannya banyak berdozen-dozen pun tapi sebab masa yang sungguh mencemburui diriku ini maka asyik tertangguh je lah nak menyiapkan hairband diorang ni.

Btw, ini mungkin hapdet yang kesekian kali untuk tahun ni sebab lagi 3 bulan kitorang sekeluarga dah nak ke UK selama setahun, maka blog ni pun akan berhiatus lah dalam jangka masa tu.  Barang2 kraf yang ada kat rumah tu pun mungkin akan di buat jualan amal kepada sesapa yang berminat. Tapi sampai ke sudah ni pun tak sempat2 nak posing gambor untuk di upload.

Mungkin lepas ni akak tukar profession jadi supplier barang kraf lah pulak sebab kat UK sana nun memang berlambak lah barang2 kraf ni. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, kita tunggu je lah. Cita2 memang tinggi ni, tak tau ler tercapai ke tidak hee...


2 comments:

  1. hye aslm annna,wowo bestnya dok di uk,mesti byk ilmuyg dpt dituntut,dari segi kepakaran kek,kraft,wowww best tu.jauh pbjalan luas pengalaman...kami disini menanti berita dari anna..slamat maju jaya

    ReplyDelete
  2. Tq Wanie,

    InsyaAllah, doa2 kanlah ya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails