Followers

Monday, May 30, 2011

Entry Terakhir???

Salam semua,

Wah, memang dah dekat berbulan jugaklah tak menghapdet blog yang satu ni dik kesibukan kat rumah yang lain2 tu..hee....Neway, walaupun tak berhapdet tapi setiap minggu nampaknya follower blog ni tetap bertambah. Alhamdulillah, walaupun rumah tinggal tapi ada jugak yang sudi singgah. Terima kasih kepada follower yang menyudikan diri menjadi pengikut kepada blog yang sungguh lah tak hap to det ini..he...sila beri tepukan untuk diri sendiri....yay..

Order kali ni datang dari cikgu Taska anak-anak ku. Dah seminggu lebih dia order, baru minggu ni dapat siapkan. Bukannya banyak berdozen-dozen pun tapi sebab masa yang sungguh mencemburui diriku ini maka asyik tertangguh je lah nak menyiapkan hairband diorang ni.

Btw, ini mungkin hapdet yang kesekian kali untuk tahun ni sebab lagi 3 bulan kitorang sekeluarga dah nak ke UK selama setahun, maka blog ni pun akan berhiatus lah dalam jangka masa tu.  Barang2 kraf yang ada kat rumah tu pun mungkin akan di buat jualan amal kepada sesapa yang berminat. Tapi sampai ke sudah ni pun tak sempat2 nak posing gambor untuk di upload.

Mungkin lepas ni akak tukar profession jadi supplier barang kraf lah pulak sebab kat UK sana nun memang berlambak lah barang2 kraf ni. InsyaAllah, kalau diizinkan Allah, kita tunggu je lah. Cita2 memang tinggi ni, tak tau ler tercapai ke tidak hee...


Thursday, February 3, 2011

Resolusi Tahun Baru Yang Terlambat

Hi..hi, at last dapat jugak mengemaskan workstation ni. Kalau tak sebelum ni semua nya in piece meal. Bila cari selalu tak jumpa, last2 beli lain. End up hanya menambah kan stock.

Hopefully with a tidier workstation ni makin berkembanglah kreativiti nak berkraf ni.

Tuesday, January 25, 2011

New Hair Band For Sale


Salam semua,
Ish..ish..ish..dah berhabuk rupanya blog ku ini. Kesian..dah macam rupa rumah tinggal je. Maklumlah sejak dua anak dara dah mula sekolah ditambah pulak dengan aktiviti sampingan yang makin menjadi2 sejak kebelakangan ni, maka aktiviti keras tangan ni pun makin tergendala.

Anyway, kat sini nak tayang le cekak rambut ready made yang boleh di beli pada harga RM5 sahaja (tak termasuk kos pos ya). Kalau berminat boleh email macam biasa.





Yang ni sesuai untuk anak2 sekolah sebab kalernya hitam putih je. Mengikut spec sekolah :)



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails